Header Ads

khalijahlatiff SHARE, anda KNOW, kita bersama DEVELOP

KEPERLUAN ASAS MENGISI DESKRIPSI TUGAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN #jobdescription #jd

 


Hai.... Assalamualaikum wbt rakan-rakan semua... 

Syukur Alhamdulillah kerana kesejahteraan Malaysia yang sedang kita nikmati kini.  Beberapa hari yang lepas, Malaysia telah meraikan sambutan Hari Malaysia yang gemilang dan ceria.  Pada kesempatan ini, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan mengenai "Panduan Mengisi Deskripsi Tugas Di Web HRMIS" yang kini sedang hangat diperkatakan.  

Untuk mengetahui penjawatan yang ada di sekolah-sekolah harian, boleh lah klik di sini.

Untuk memudahkan proses pengisian maklumat di dalam deskripsi tugas ini, saya telah mengumpulkan beberapa dokumen yang akan membantu rakan-rakan.  Dokumen berkenaan adalah diperolehi daripada laman HRMIS tersendiri.  Untuk pengetahuan semua, dokumen ini saya hanya kumpulkan saha tau.  Bukan saya memandai-mandai tau... Sharing is caring, plus bila semuanya satu tempat.. mudahlah untuk rakan-rakan buat kelak. Semoga bermanfaat tau. 

Rak dokumen yang diperlukan untuk mengisi JD ini.

Selepas memahami tentang keperluan mengisi JD ini, rakan-rakan boleh lah mendapatkan JD rakan-rakan dari link template JD Sekolah Harian (Fasa 2) di link di bawah ini.  


Ini adalah paparan Drive yang akan dibuka.  Pilih JD yang mewakili penjawatan rakan-rakan ye.

Untuk panduan memuat turun dokumen di sini, rakan-rakan bolehlah klik di sini.  Panduan ini dibuat sendiri oleh Penyelaras berkenaan.


    Apabila rakan-rakan dah memuat turun JD tersebut, rakan-rakan bolehlah mula mengisi maklumat berkenaan di dalam web HRMIS.  Berikut adalah antara tips tambahan untuk rakan-rakan mengisi kelak.

  1. Paparan HRMIS tidak boleh diturunkan ke bawah atau atas menggunakan mouse.  Rakan-rakan dikehendaki menggunakan button "TAB" untuk beralih ke tag yang seterusnya.  Atau mungkin juga boleh menggunakan "ZOOM" di paparan Chrome rakan-rakan.
  2. Untuk mencepatkan urusan pengisian, rakan-rakan boleh menggunakan keyboard short-cut Copy (Ctrl+C) dan Paste (Ctrl+V).
  3. Selain daripada itu, rakan-rakan boleh lah membahagikan paparan komputer kepada dua bahagian. Satu bahagian adalah paparan HRMIS, manakala satu bahagian lagi adalah paparan dokumen JD yang telah rakan-rakan muat turunkan tadi.  
  4. Seterusnya rakan-rakan boleh la mengisi maklumat JD yang dikehendaki.
 
    Baiklah rakan-rakan, rakan-rakan boleh la ke panduan mengisi maklumat JD di HRMIS di post saya seterusnya.  Semoga bermanfaat buat rakan-rakan.  Tuliskan di ruangan komen untuk cadangan dan post-post menarik daripada saya. Insyallah!!! Semoga berjumpa lagi :-) 








1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.