Header Ads

khalijahlatiff SHARE, anda KNOW, kita bersama DEVELOP

Pensijilan Antarabangsa Hadiah dari KPM untuk semua GURU.

 Bismillahirrahmannirrahim…


Assalamualaikum cikgu. 


Cuti hujung semester persekolahan 2020/2021 telah membuka tirainya bermula Jumaat; 25 Februari 2022.  Macam Cikgu Kelly sendiri masih belum ada perancangan aktiviti percutian ke mana-mana lagi. Yang sudah masuk list to-do semasa cuti ini adalah bengkel-bengkel perkongsian atas talian untuk rakan-rakan guru dan persiapan semester 3 buat anak-anak STPM ambilan 2021/2022.


Bagaimana dengan rakan-rakan di sana? 

Yang masih belum ada perancangan, Cikgu Kelly nak sharing satu berita istimewa dari KPM. Bukannya perkara baru, dah masuk siri 2.0 juga. Tapi masih menerima rakan-rakan peserta baru yang berminat dan bermotivasi.

Pernah dengar Google Certified Training? 

Pernah dengar DELIMA Certified Training Program?

Jom meningkatkan kemahiran ICT diri anda sebagai guru abad ke-21.


Kami di GEG Paya Rumput bersama leader GEG serata Malaysia akan bantu mendapatkan GCE L1, L2 dan GCT. Pensijilan peringkat antarabangsa tau.


Jom manfaatkan cuti ini dengan menyertai DCTP 2.0. 


Dan paling awesome...

sepenuhnya PERCUMA!!

Khas untuk guru sekolah yang masih berkhidmat di Malaysia sahaja...


Jangan lepaskan peluang ini...


Jom daftar di

https://bit.ly/daftardctpgct 

dengan ID DELIMA 

(g-xxxxxxxx@moe-dl.edu.my)



Di sini Cikgu Kelly sertakan rakaman perkongsian tentang DCTP yang telah dijalankan dalam salah satu sesi perkongsian saya. 

https://www.facebook.com/100000522825703/posts/5493216740705699/?d=n

Semoga bermanfaat.

Terima kasih 


#awesome

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.