Header Ads

khalijahlatiff SHARE, anda KNOW, kita bersama DEVELOP

MODUL KEMASKINI myPORTFOLIO GURU DI SISTEM HRMIS 2.0

 


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua rakan guru dan semua penjawat awam.  


Seperti yang telah kita sedia maklum, MAMPU telah menganjurkan Majlis Pelancaran myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dan Panduan Penetapan Tempoh Masa Dalam Carta Alir pada 14 Mei 2019 di Bangunan Perdana Putra, JPM dan akan disempurnakan oleh YAB PM Malaysia pada masa itu.  

Mulai tahun 2020 juga, saya telah menyediakan myPortfolio seperti yang disarankan sebagai persediaan apabila diarahkan kelak.  Bagi tahun 2021 dan 2022 ini telah memudahkan saya.  Saya hanya perlu kemaskini maklumat mengikut manual pengurusan terkini.  Sesungguhnya penyediaan secara digital banyak membantu penyimpanan bahan tanpa perlu saya risau tentang hilang data.  Lebih-lebih lagi apabila semua bahan tersebut boleh dicapai melalui pelbagai gajet di mana sahaja saya berada.  Kesimpulannya, Google Workspace for Education memang awesome!!! 

Ok lah, kita sambung berkaitan tajuk utama perkongsian saya untuk kali ini.  Pada awal minggu ini, kami di sekolah telah diberitahu tentang pengemaskini myPortfolio ke dalam sistem HRMIS2.0.  Disebabkan sekolah kami besar, terdapat empat kumpulan untuk bengkel kerja kali ini.  Oleh kerana tarikh yang ditetapkan untuk kumpulan saya terkena dengan tarikh appoitment bulanan di Hospital Besar, saya memohon perubahan tarikh bengkel kerja.  Alhamdulillah ianya dipermudahkan oleh-Nya apabila saya dapat menyelit di dalam kumpulan yang awal.  

Secara keseluruhan, penceramah dan fasilitator dilihat struggle juga untuk menyampaikan maklumat kepada guru-guru yang kebanyakkannya sudah kepenatan mengajar seharian dari awal pagi.  Sungguh pun, semangat #smkthamkusayang yang ada di setiap jiwa warga sekolah mengatasi segalanya.  Sehingga penghujung bengkel kali ini berjalan dalam suasana ceria dan gelak ketawa.  Sambil menyiapkan myPortfolio masing-masing, kami dihidangkan dengan gurauan daripada pihak pentadbir dan rakan-rakan lain. 

Untuk rujukan bersama, saya telah sediakan nota langkah demi langkah untuk memudahkan pengisian rakan-rakan.  Maklumat saya mungkin berbeza dengan anda semua. Sesuaikan dengan myPortfolio rakan-rakan kerana saya punya adalah bagi GAB DG48 bagi Guru Tingkatan Enam.  Untuk kemudahan yang maha agung, saya cadangkan rakan-rakan menyediakan bahan berikut dalam format gambar (png,jpeg, etc)

a) MyPortfolio. Boleh dapatkan dari laman https://www.mysumber.com/template-myportfolio.html

b) Carta Fungsi Khusus

c) Carta Alir setiap aktiviti

Jika dah ready, rakan-rakan bolehlah mengikuti langkah demi langkah seperti di bawah.  











Guru dikehendaki memastikan senarai undang-undang, peraturan dan punca kuasa dari pihak pentadbiran di organisasi masing-masing.
*Update : 11 Nov













Sampai sini sahaja perkongsian saya kali ini.  Semoga berjumpa lagi

Modul ini saya bangunkan bagi memudahkan rakan-rakan mengemaskini myPortfolio masing-masing. 

Saya memohon jasa baik anda untuk memberi sedikit maklum balas di ruangan comment di bawah berkaitan modul ini. 

DAPATKAN TUTORIAL PENUH DI SINI


Nota hati : Selagi ada nafas dan nyawa, imbangilah tanggungjawab duniawi serta akhirat di sana. Kita hanyalah seorang khalifah.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.