Header Ads

khalijahlatiff SHARE, anda KNOW, kita bersama DEVELOP

AUTO MERGE SIJIL DI CANVA


Hai. Assalamualaikum. Salam Sejahtera semua rakan SK sekalian....



Jika sebelum ini SK banyak berkongsi cara menjana sijil menggunakan Document Studio atau kini dikenali dengan nama terbaru. SK kongsikan dulu info berkaitan Document Studio ini. Sangat mudah untuk menjana pelbagai sijil, dokumen, email, pesanan telegram dan macam-macam lagi. Walau bagaimana pun, rakan-rakan boleh melanggan jika ingin menggunakan semua fasiliti tersebut secara maksima. SK telah menggunakannya lebih daripada tiga tahun. Memang sangat memudahkan dan mengembirakan hati sungguh pun bermain dengan banyak data. Bila hati guru senang, nak mengajar pun seronok. Pelajar pun gembira. Insyallah


Kali ini SK ingin berkongsi cara membuat sijil menggunakan aplikasi yang sangat famos masa kini iaitu CANVA. Rakan-rakan boleh la mencubanya kerana sangat mudah dan tidak menggunakan apa-apa coding. Klik, klik sahaja. 100 helai sijil dengan pelbagai nama dan nombor kad pengenalan dapat disiapkan dalam beberapa minit. Jom klik, klik dengan CANVA....

Teknik ini telah mula SK guna pada tahun lepas apabila terlibat dengan program pengantarabangsaan yang lalu. Hal ini adalah kerana ianya sangat mudah dan ringkas. Walau pun hanya membawa chromebook sahaja, SK boleh jana sijil dengan cepat secara atas talian.

Kerja mudah yang membahagiakan. Jom cuba dan praktikkan di tugasan rakan-rakan. Dapatkan nota SK di khalijahlatiff.com atau hubungi SK di button yang terdapat di sana untuk tutorial yang mudah demi kemenjadian pendidikan masa kini. LANGKAH SEMUDAH A,B,C MEMBINA SIJIL DI CANVA.COM

1. Log in di canva.com (SK lebih galakkan guru menggunakan ID education seperti DELIMA)
Sumber : youtube.com


2. Taip template yang dikehendaki. Sebagai contoh, kali ini SK taip "certificate". Pilih yang berkenan di mata ye.
Sumber : youtube.com


3. Ubah perkataan atau elemen dalam template yang dipilih mengikut kesesuaian majlis atau acara yang diperlukan.

Sumber : youtube.com


LANGKAH CEPAT MENJANA 100 SIJIL DI CANVA.COM

1. Download Senarai Penerima Sijil di Google Sheet kepada file .CSV
atau
Save Senarai Penerima Sijil di Microsoft Excel sebagai .CSV


Sumber : youtube.com


3. Kembali ke Sijil yang dibina di CANVA.COM sebelum ini. Klik APPS di bahagian kiri bawah sekali. Cari perkataan "BULK CREATE" dan bersedia menjana sijil rakan-rakan.

Sumber : youtube.com



4. Klik UPLOAD .CSV

Sumber : youtube.com



5. Klik perkataan pada sijil yang ingin di MERGE. Right klik pada butang tetikus dan pilih CONNECT DATA. Pilih yang berkenaan.

Sumber : youtube.com



6. Ulang langkah berkenaan sehingga selesai elemen yang ingin diubah selesai. Klik CONTINUE.

Sumber : youtube.com



7. CANVA.COM akan membaca data seketika. Klik GENERATE XX PAGES apabila selesai.

Sumber : youtube.com




8. Tadaaaa... dalam beberapa minit sahaja, CANVA.COM bantu rakan-rakan menjana dokumen tersebut secara AUTOMATIK. Rakan-rakan masih bebas mengubah elemen sekiranya perlu.

Sumber : youtube.com




Begitu mudah sahaja, kan??? Rakan-rakan boleh menggunakan teknik ini untuk membina dokumen lain seperti yang saya lakukan di akhir video ini. Memang sangat awesome apabila dapat menghasilkan video dengan teknik ini.







Jom kongsikan tutorial ini di komuniti organisasi, sekolah dan rakan anda semua. Sesungguhnya, SK hanya SHARE, rakan-rakan KNOW the knowledge, dengan harapan kita bersama-sama akan DEVELOPE our community. Insyallah.

Jika rakan-rakan ada persoalan dan permintaan, sila tinggalkan di ruangan chat ye.

Semoga berjumpa lagi semua.

Salam sayang dari SK

#mamakellyawesome
#pendigitalanpendidikan
#edufluencers2.0














Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.