Header Ads

khalijahlatiff SHARE, anda KNOW, kita bersama DEVELOP

AGROPELANCONGAN DI BAGAN DATUK

 

Hai Assalamualaikum 

Salam Malaysia Madani semua….

Semoga semua rakan-rakan ceria dan gembira selalu



Di akhir cuti semester yang lalu, mama kelly berpeluang ke Bagan Datuk, Perak.  


Perancangan di awalnya adalah untuk membawa ibu dan adik beradik SK.  Ibu SK sejak beberapa bulan ini asyik bercerita tentang keindahan dan kecantikan bunga matahari di Bagan Datuk. Katanya ada tempat pelancongan yang luas di Bagan Datuk, khas melihat bunga matahari.  Nenek Aisy maklumkan ada banyak tempat boleh dilawati di Bagan Datuk juga.  Oleh kerana anak-anaknya bekerja kerajaan, makanya cerita tinggal cerita di bibir sahaja.

Ahli rombongan Agropelancongan kali ini ke....



Suasana mendamaikan yang menyambut kehadiran pengunjung.


Hari berubah hari. Akhirnya termuncullah hari yang dinanti… Jadual nenek kosong. Tiada aktiviti pada hari Sabtu ini. Cun la pula SK dan Aisy sedang bercuti. Papa Aisy pula memang OFF duty hari berkenaan.

Berkat bermusyawarah bersama adik beradik yang lain, Pak Lang Aisy sekeluarga turun KL bersama nenek selepas nenek selesai kelas berzanji. Pak Ngah dan Makcik Aisy sekeluarga tidak dapat join kerana ada jemputan yang perlu disantuni. Busu jauh sekali boleh join 😝😝😝

Sementara menunggu nenek sampai, SK membawa Aisy dan sepupunya ke GSC Play+ di area Damansara. 

Sumber : Album foto peribadi

Selesai menonton dan beriadah, kami terus keluar mall kerana masing-masing sudah kepenatan. Mereka berdua terus terlena apabila kena aircond kereta Papa.  So, kami terus mencari lokasi dinner.  Malam ini kami semua mengisi perut di Kedai Tomyam Kawanku di area Jalan Klang Lama sahaja. Alhamdulillah mereka terus bangun apabila sampai ke kedai berkenaan.

Lokasi : Kawanku Tomyam
Sumber : Album foto peribadi

Kita hanya merancang. Perancangan Allah paling terbaik. Ibu SK tidak dapat mengikuti pelan pelancongan kami kali ini. Selesai urusan menghantar nenek pulang, kami bersiap dan bertolak ke Bagan Datuk. Nama pun pelan terjah, kami redha dan berserah sahaja perjalanan kami.

9:30 pagi - Bertolak ke Bagan Datuk
1:00 petang - Tiba di Ladang Bunga Matahari.
4:00 petang - Bergerak ke Dataran Bagan Datuk
6:30 petang - Bergerak pulang
8:00 petang - Tersinggah ke Menara Condong, Teluk Intan 😝
11:05 malam - Tiba di kediaman


Selamat menikmati gambar-gambar OOTD untuk panduan anda ke sana kelak.

Semoga bermanfaat.

Harga tiket masuk dan beberapa aktiviti yang wajib dicuba bersama.

Terdapat juga homestay disediakan di sini.  Pengunjung boleh merancang aktiviti sky mirrorring photo di pantai berhampiran, menikmati pulau sembilan yang famous dengan warna birunya pada waktu malam dan aktiviti-aktiviti lain. Murah sahaja harga yang ditawarkan. RM100 untuk 4 aktiviti terpilih tanpa kemasukan homstay.  Anda boleh lah menghubungi nombor yang disertakan di gambar berkenaan atau terus ke FB rasmi mereka.

Sumber : Album foto peribadi

Oleh kerana Papa Aisy shift pagi, kami hanya merancang untuk ber"OOTD" di Ladang Bunga Matahari sahaja.  Syukur kerana cuaca sangat menyebelahi kami.  Walau pun panas, awan tebal turun membantu kami.  Apabila penat, kami berehat di hujung ladang menjauhi spot-spot yang ada pengunjung ramai.  Dapatlah anak-anak menikmati saat mereka dengan ikan-ikan di ladang ini.

Spot "OOTD" pertama the boys.

Spot "OOTD" paling hujung dan menenangkan.

Kegembiraan yang tiada bernilai.

Persediaan ber"OOTD" di Tangga Menuju Ke Syurga.

Agaknya Aisy memikirkan bagaimana nak mengelolakan kebun Atok kelak.


Selesai lawatan tersebut, kami singgah di Dataran Bagan Datuk untuk menunaikan solat dan minum petang sambil meluruskan kaki sebelum meneruskan perjalanan pulang.  Di sini, SK layan laksanya. Sangat sedap dan menghirup sampai titisan terakhir.  Terlupa pula SK nak shoot laksa berkenaan atau gerainya. Gerainya bersebelahan kedai rnr di dataran di bawah. Betul-betul di tepi dewan terbuka yang ada di sana ke arah Jabatan Laut Malaysia.

Dataran Bagan Datuk. Gerai laksa terdapat di hujung mengadap huruf B jika SK tidak silap.

Tiba-tiba Papa Aisy teringat.  Pak Ndak Aisy bekerja di Bagan Datuk ini.  Apabila SK menghubungi orang-orang yang boleh dipercayai, betul la apa yang dikatakan oleh Papa Aisy tersebut.  Tapi oleh kerana kami mengejar masa, kami tidak sempat singgah melaway Pak Ndak Aisy di MRSM berkenaan. Kami meneruskan perjalanan kami menggunakan  Jambatan Bagan Datuk-Sejagop yang baru di buka beberapa minggu yang lepas.


Tersinggah di sini.  Misi mencari mee udang memang tiada di sini.

Syukur alhamdulillah kami sempat sampai di kediaman dan Papa sempat berkerja seperti biasa selepas makan malam di rumah.  Penat memang penat.  Tapi SK puas melihat telatah anak-anak sepanjang perjalanan.  Insyallah kami akan ke sana lagi kerana teringin beraktiviti di Bagan Datuk dan singgah ke Bukit Melawati.  Banyak perubahan dan pembangunan yang dilihat sepanjang perjalanan kami ke Bagan Datuk berkenaan.  

Sekian, terima kasih kerana membaca.  Maafkan SK jika ada penulisan yang tidak tepat atau salah. 


Jangan lupa tinggalkan komen dan cadangan ye jika ada.

Dapat juga SK manfaat dan betulkan post ini serta belajar dari anda.

Assalamualaikum wbt.






Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.