Header Ads

khalijahlatiff SHARE, anda KNOW, kita bersama DEVELOP

CIPTA FOTO BERCAKAP DI DELIMA KPM...




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Dalam kemeriahan membuat senaman jari jemari ini, SK berehat seketika dan mula membaca mesej-mesej dari rakan sekerja di telegram.  Dari satu group ke satu group.  Habis group telegram dan membalas personal mesej di telegram, SK beralih ke aplikasi Whatsapp.  

Buka dan baca satu persatu. Balas ikut tune kepala ini.  Maklumlah kepala dok ligat nak mengeluarkan idea kepada si jari-jemari ini supaya lancar menaip sat lagi.  Alih-alih SK melihat mesej rakan GC Batu Pahat.  Memang tiptop la soalan GC ini.  Dan tidak semena-mena nya, SK pun terus melompat dari katil dan duduk di meja.  Terus buka labtop satu lagi dan memulakan penulisan di sini pula.  

SK kongsikan cara mudah untuk membuat foto bercakap seperti posting SK yang terdahulu.


Untuk membuat foto bergambar ini, ada beberapa trick yang digunakan.  Ada trick yang mudah, ada trick yang advance.  Seperti biasa, SK akan kongsikan trick yang mudah untuk rakan-rakan semua.  Hanya perlu fokus kepada 2 perkara sahaja.


FOKUS 1 : PENGHASILAN FOTO


Untuk menghasilkan foto, rakan-rakan boleh menggunakan pelbagai aplikasi di luar sana. Ada pixlr, ada canva juga.  

Semuanya boleh diperolehi di DELIMA. Pastikan rakan-rakan guru menggunakan ID moe-dl tau.  Bagi rakan-rakan yang tiada ID DELIMA, bolehlah menggunakan ID peribadi dan membuka laman berkenaan.  

Tentukan size canvas yang dikehendaki dan masukkan foto.
Gunakan kreativiti rakan-rakan untuk paparan foto berkenaan.

FOKUS 2 : MENAMBAHKAN MAGIK

Setelah menghasilkan gambar yang sesuai, masanya untuk menginovasikan foto kepada video.

Seperti sebelum ini, Canva juga boleh digunakan untuk menambah pergerakan dan audio.  



1. Klik Apps

2. Scroll sehingga jumpa aplikasi D.ID

3. Setting BG, skrip, bahasa dan suara yang dikehendaki.

4. Preview hasilnya. Jika ok, boleh la senyum sendirian, kerana... 

5. Langkah yang terakhir adalah log masuk D.ID dan Generate video yang telah dipersetujui.


SELAIN ITU, rakan-rakan yang lebih advance. Boleh la terus ke laman AI untuk melaksanakan Fokus ke-2 ini.  

Langkah yang sama seperti di Canva di atas, cumanya paparannya lebih luas dan mudah kelihatan.

Pautan laman berkenaan adalah seperti di bawah ini.  



  Pelbagai aplikasi disediakan di sini.  Daripada penghasilan foto menarik sehinggalah kepada video foto bercakap. 

Video turut disediakan di laman berkenaan. 


Sekian sahaja perkongsian SK kali ini. 

Jangan lupa tag SK hasil-hasil hebat rakan semua ye.

Sekian, terima kasih.










 




Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.