Header Ads

khalijahlatiff SHARE, anda KNOW, kita bersama DEVELOP

CARA MUDAH PENETAPAN KATA LALUAN DI GOOGLE FORMS

 

  





       Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua rakan-rakan yang lain... Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mencuba menjawab Question SK sebelum ini.  Jom kita lihat, adakah kod yang rakan-rakan berikan itu betul atau perlu diperbaiki.

Kali ini SK ingin menyambung perkongsian satu ilmu yang semakin dilupakan termasuk diri SK sendiri. Sebelum ianya benar-benar dilupakan, lebih baik SK kongsikan di sini, kan?.  So, dapat jugalah membantu anak-anak Pengajian Am STPM SK di Semester 2 kelak.  

Kita sering menggunakan Google Forms untuk pengutipan data mentah daripada responden atau kumpulan sasaran kita. Buat Google Forms memang sepantas 10 minit kita boleh siapkan jika sekadar Add Question sahaja. Namun apabila kita melihat data mentah Google Forms kepada Google Sheets, mata kita auto terpinar melihat bentuk tulisan yang sekejap huruf besar sekejap huruf kecil.  Situasi ini hanya akan berlaku kerana kita terlupa mengubah ciri pengesahan respons yang kita kehendaki.  Oleh yang demikian, sebaik-baiknya kita merancang dahulu ciri-ciri pengesahan akhir yang kita kehendaki agar memudahkan kita membuat laporannya kelak.


Jika rakan-rakan baru tiba di post ini, SK telah kongsikan beberapa kod regular expression.  Rakan-rakan boleh klik link di bawah mengikut topiknya ye.

1. MENETAPKAN HURUF BESAR SAHAJA DI GOOGLE FORMS, selepas itu 

2. MENETAPKAN huruf kecil SAHAJA DI GOOGLE FORMS; plus BONUS kod huruf kecil dan HURUF BESAR sekali


Maka kali ini SK akan kongsikan pula kod bagi keseluruhannya ada huruf kecil bersama-sama nombor@angka. Biasanya kod ini digunakan untuk penetapan password atau kata laluan kepada Google Forms kita.  SK akan tunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk mengaktifkan ciri ini dalam borang Google anda:


1. Mulakan dengan membuka Borang Google yang ingin anda ubah atau mungkin sahaja buka Google Forms yang baru.

2. Pilih jenis soalan yang sesuai, seperti Perenggan Pendek ATAU Perenggan Panjang; yang anda rasa perlu pengesahan.

3. Setelah membuat atau memilih soalan, klik pada soalan tersebut untuk mengaktifkan tetapan untuk soalan tersebut di sebelah kanan skrin.

4. Klik pada ikon titik tiga yang terletak di bahagian atas sebelah kanan soalan tersebut.

5. Dari menu drop-down, pilih "Pengesahan Respons"



6. Pilih "Regular Expression" / ekspresi regular.

7. Anda akan diberikan beberapa pilihan peraturan pengesahan, seperti jenis respons yang diperlukan (URL, teks, atau e-mel), atau had panjang respons.


Kali ini SK fokus kepada pengesahan huruf kecil sahaja.  Dan bonus kod ada juga SK berikan.

Di dalam kotak teks yang muncul, masukkan ekspresi reguler yang sesuai untuk menguji jika teks yang dimasukkan adalah huruf besar. Untuk memeriksa jika semua huruf dalam teks adalah huruf besar, anda boleh menggunakan menaip ekspresi reguler berikut:


Salin kod ini ye rakan-rakan:  ^[a-z0-9\s]+$


Berikut, SK selitkan juga penjelasan ekspresi reguler ini hasil pembacaan SK pada tahun 2017 yang lalu:


^ menunjukkan permulaan baris atau teks.

[a-z0-9\s]+ mencocokkan satu atau lebih huruf kecil (a-z), nombor (0-9), atau ruang kosong (\s).

$ menunjukkan akhir baris atau teks.

Jadi, keseluruhan ekspresi reguler ini akan mencocokkan teks yang terdiri dari satu atau lebih huruf kecil, nombor, atau ruang kosong dari awal hingga akhir baris atau teks.

   

8. Anda juga boleh menambahkan mesej ralat yang ditunjukkan kepada pengguna jika mereka memasukkan teks yang tidak mematuhi keperluan. Ini dapat dilakukan di bawah "Teks Ralat yang Disesuaikan."

9. Pilih jenis peraturan yang anda inginkan, dan taipkan mesej ralat yang ingin ditunjukkan kepada responden jika mereka memasukkan respons yang melanggar peraturan anda.

10. Tekan "Simpan" untuk menyimpan pengesahan respons anda.


Jadi, keseluruhan ekspresi reguler ini akan mencocokkan teks yang terdiri dari satu atau lebih huruf kecil, nombor, atau ruang kosong dari awal hingga akhir baris atau teks.


Anda boleh menerapkan langkah-langkah yang sama untuk setiap soalan yang ingin anda pertegaskan dengan pengesahan respons. Ini akan membantu memastikan bahawa anda menerima respons yang tepat dan berguna daripada responden anda. 


Jika anda memerlukan bantuan lanjut atau pertanyaan, jangan ragu untuk bertanya SK ye! 


Penegasan: PASTIKAN KOD DISALIN BETUL TANPA SELANG DI HUJUNG SEBELUM DAN SELEPAS KOD  yer, rakan-rakan.


Soalan SK: Bolehkah rakan-rakan cadangkan lagi, apakah regular expression yang ingin rakan-rakan gunakan semasa pembinaan Google Forms?

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.