Persediaan Trip ke Jepun: Kenapa Wajib Ada 'Food List' Berbahasa Jepun? (+ Templat Percuma)
Salam sejahtera dan salam mesra buat semua pembaca setia khalijahlatiff.com!
Bila sebut sahaja tentang percutian ke Jepun, selain jadual perjalanan (itinerary) dan pakaian mengikut musim, satu lagi perkara penting yang memerlukan perhatian khusus ialah bekalan makanan. Bagi kita yang kembara dari Malaysia, membawa makanan sedia dimakan (ready-to-eat), sambal garing, atau roti dari tanah air selalunya menjadi penyelamat sewaktu berada di sana.
Namun, tahukah anda bahawa pegawai kastam dan kuarantin di Lapangan Terbang Jepun sangat ketat, terutamanya berkenaan pemeriksaan bahan makanan bersumberkan daging, ayam, serta bahan-bahan tertentu?
Sebab itulah, sebagai langkah berjaga-jaga dan untuk memudahkan urusan pemeriksaan kastam tanpa sebarang salah faham, Cikgu Kelly telah menyediakan "Food List for Traveling to Japan" yang lengkap dengan senarai ramuan dalam Bahasa Inggeris dan terjemahan rasmi Bahasa Jepun (termasuk ejaan Romaji)! Cikgu Kelly copy paste dari translator sahaja. Jika salah, salah la tu. hehehe.
Makanan Yang DILARANG / TIDAK BOLEH Dibawa Masuk ke Jepun
Awas! Makanan Yang Dilarang Sama Sekali (Kastam & Kuarantin Jepun)
Sebelum anda siap packing bekalan makanan dari rumah, ambil perhatian tentang barang-barang yang STRIKT DILARANG atau memerlukan kelulusan ketat daripada Perkhidmatan Kuarantin Haiwan dan Tumbuhan Jepun (Japan Animal/Plant Quarantine):
Semua Jenis Daging & Produk Daging (Segar, Beku, Kering, atau Diproses):
Daging lembu, ayam, kambing, itik, dan babi.
Makanan diproses berasaskan daging: Sosej, nugget, patty burger, dendeng, serunding daging/ayam, bakso, ham, dan bacon.
Makanan bertutup / vacuum-sealed yang mengandungi potongan daging nyata (kecuali yang mendapat sijil pemeriksaan kuarantin rasmi).
Buah-buahan dan Sayur-sayuran Segar:
Semua jenis buah segar dari Malaysia (seperti mangga, rambutan, durian, pisang, jambu, dan epal).
Sayur-sayuran mentah atau daun segar.
Telur dan Produk Berasaskan Telur Mentah:
Telur ayam/itik mentah, telur asin segar, atau sebarang produk mentah berasaskan telur.
Produk Tenusu Terhad:
Susu mentah, keju mentah, atau mentega yang tidak mempunyai pembungkusan komersial atau sijil piawaian kuarantin yang disahkan.
Peringatan Mesra Cikgu Kelly: Sekiranya anda terbawa makanan yang dilarang secara tidak sengaja, WAJIB diisytiharkan (declare) kepada pegawai kuarantin di lapangan terbang semasa ketibaan. Jangan cuba menyembunyikannya, kerana denda dan hukuman undang-undang kuarantin di Jepun adalah sangat berat!
Kenapa Dokumen 'Food List' Ini Sangat Membantu?
Apabila pegawai kastam menanyakan kandungan bekalan makanan yang kita bawa, kita boleh terus menunjukkan dokumen senarai makanan ini. Dengan adanya terjemahan Bahasa Jepun, pegawai kastam dapat memahami kandungan bahan makanan kita dengan cepat dan tepat tanpa sebarang keraguan.
Pautan Akses & Muat Turun Dokumen Percuma
Khas untuk pembaca blog yang bakal berjalan-jalan ke Jepun, Cikgu Kelly kongsikan dokumen penuh ini secara percuma! Anda boleh klik pautan di bawah untuk melihat atau membuat salinan (Make a copy) dalam Google Drive anda sendiri supaya anda boleh tambah senarai makanan pilihan anda.
👉
Tips Tambahan Daripada Cikgu Kelly:
Cetak (Print) Dokumen: Bawa salinan fizikal sekurang-kurangnya 1-2 helai dan letakkan bersama pasport atau dokumen perjalanan anda.
Asingkan Makanan Dalam Beg Khas: Ini akan memudahkan anda mengeluarkan dan menunjukkannya kepada pegawai sekiranya diminta sewaktu pemeriksaan.
Patuhi Peraturan Kuarantin: Pastikan produk makanan yang dibawa memenuhi syarat dan peraturan kuarantin penerbangan antarabangsa Jepun.
Semoga perkongsian ini membantu melancarkan perjalanan anda ke Negeri Matahari Terbit! Jika anda ada sebarang soalan atau cadangan bekalan makanan lain yang wajib dibawa, jemput kongsikan di ruang komen di bawah ya!
Selamat Melancong & Safe Travel!
– Cikgu Kelly

Tiada ulasan