Header Ads

khalijahlatiff SHARE, anda KNOW, kita bersama DEVELOP

1001 Google Education Certifications

Google Education Certifications??? Sijil Pendidikan Google???


        Apa ke pelik tajuk page kali ini?  Kenapa sebegitu unik tajuk kali ini? Mengapa macam ala-ala bahasa baku zaman dulu kala? Bagaimana nak faham post kali ini jika tajuk sedemikian rupa? No-No-No.... Stop asking to many question awal-awal page ini.  Ahaks... Pasti anda semua rasa dah silap masuk page kan?  Sabar.... anda semua tidak salah masuk page. Page ini memang diadakan untuk menyampaikan 1001 info dan update tentang pentaulihan sijil Google yang bertaraf antarabangsa.

        Setaraf dengan pentaulihan peringkat antarabangsa ini, Google telah menyediakan satu program khas yang terbuka kepada semua pengguna mereka dalam memberi penghargaan secara elegant.  Jika sebelum ini kita perlu lulus lesen kereta untuk membenarkan kita memandu dengan yakin dan selamat.  Begitu juga sekiranya kita ditauliahkan beberapa sijil dalam program Google ini.  Kita pasti lebih mudah untuk mengadakan sebarang bengkel, perkongsian, wacana, kelas dan sebagainya sama ada dalam audiences yang sedikit mahu pun ramai.  Selain itu, audiences akan lebih yakin apabila kita berkongsi sesuatu alat Google dan bagaimana pengaplikasiannya dalam tugasan harian kita.  Untuk mengetahui sebab dan apakah faedah memperolehi Google for Education Certification ini, anda boleh lah klik di sini.

        Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini, anda semua boleh menyelami site ini.  Site bertajuk TEACHER CENTER.  Site ini mesra pengguna dan sangat membantu kita semua.  Tidak kira apa tujuan kita melayarinya.  Sama ada anda melayarinya untuk mengikuti program ini atau tidak.  Perkongsian maklumat tentang alat-alat Google diperjelaskan cara penggunaannya di dalam site ini.  Anda hanya perlu mendaftar dengan mana-mana ID domain Google dan semua ilmu adalah PERCUMA untuk anda semua!!!

            Di header site ini terpapar kata-kata "Learning never stops".  Ini juga merupakan salah satu faktor saya mengikuti program ini.  Pembelajaran kita memang tiada pengakhiran.  Kita perlu sentiasa berusaha mencari pengetahuan dan memikirkan kaedah bagaimana untuk meningkatkan nilai tambah kendiri dalam menghadapi dunia globalisasi ini.  Jika dulu kita boleh berbangga memiliki sekeping ijazah kelas pertama.  Kini, dunia telah berubaha.  Ijazah bukan penentu kehidupan yang mudah bagi kita jika kita terus berada dalam zone selamat yang kita sendiri bina di awal dulu.  Perkembangan teknologi dan perhubungan memungkinkan kita sampai ke London dalam masa beberapa saat.   Globalisasi dunia memudahkan kita memindahkan teknologi dari Jepun ke Malaysia dalam kurang daripada sebulan.  Ini semua jika dilihat secara more forward, saya menjadi sedikit gementar.  Bagaimana pula keadaan anak-anak bangsa saya pada 5 tahun akan datang? Adakah lagi buku teks, papan putih, buku kerja di dalam kelas pada 10 tahun akan datang sebagai sumber rujukan utama?  Adakah pelajar masih lagi duduk di meja mendengar cikgu mengajar?  Bagaimana pula dunia perniagaan di masa hadapan?  Jika kini dah ada Food Panda, Grab Food dan macam-macam perkhidmatan penghantaran makanan ke semua pelusuk tempat.  Wujud lagi kah perkhidmatan sebegini di masa hadapan?  

        Entah lah!!! Yok Bangun!!! Kita perlu berusaha meningkatkan kemahiran ICT kita tidak kira untuk apa sekali alasannya.  Saya telah memulakan melangkah apabila diri ini tidak bersedia apa-apa.  Saya memegang kata-kata ?????? bahawa "Ready Is Lie".  Tiada apa yang dapat kita lakukan seandainya kita mulakannya dengan bersedia.  Kita perlu memulakan tindakan, barulah diri kita akan bersedia menghadapi atau melaksanakannya.  Jom bersama-sama kami ke dunia tanpa sempadan, ilmu merentasi gajet dan membentuk persekitaran ICT yang lebih kondusif dan cemerlang.


JOM MULAKAN TRAINING!!!


        Selain daripada membekalkan bahan pembelajaran tanpa sempadan, Google telah memandang ke hadapan dengan lebih pantas.  Demi kemudahan bakal pelatih mereka, mereka telah sediakan satu laman khas untuk kita memulakan training secara kendiri dan berkesan.  Anda bolehlah klik di sini untuk menguji kemahiran anda sebelum memulakan ujian yang anda kehendaki.  


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.