Header Ads

khalijahlatiff SHARE, anda KNOW, kita bersama DEVELOP

Bicara Dari Sahabat Buat Sahabat




    Hai... Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera... Sedikit kelainan daripada biasa, saya cikgu Kelly a.k.a khalijahLatiff ingin berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman sepanjang mengenali pakcik Google dan anak-anak beliau iaitu aplikasi-aplikasi Google.  Kebiasaanya saya berkongsi ilmu melalui video tutorial youtube dan laman-laman sites saya.  Tapi ianya seperti sudah terbiasa.  Hari-hari makan tempoyak, akan bosan juga kan?! Sesekali memang wajib pekena budu cap Ket*reh juga. Hehehehe...

    Sepanjang tempoh PKP ini, saya banyak berkongsi pengetahuan juga melalui bengkel-bengkel atas talian yang bertujuan membantu para sahabat menjalankan tanggungjawab kepada negara dengan mudah dan cepat.  Pelbagai sesi menggunakan Google Meet telah diadakan. Semuanya berkaitan tugasan dan tanggungjawab kita kepada negara ini.  Jika ada yang terlepas dan tidak tahu mengenainya, bolehlah menekan  "playlist" di bawah ini. Selamat menyelami dan menonton ye...


    Pada post sulung ini, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan mengenai kelebihan memiliki sijil yang ditauliahkan oleh pihak Google.  Nak lebih gempak lagi, apakah kehebatan mendapatkan pentauliahan daripada pihak Google. Kita baca pun dah gempak, kan?!!! Hebat tak hebat bila kita diberi pentauliahan daripada pihak antarabangsa yang seantero dunia tahu tentangnya.   

        "Hehehehe... Lihatlah dunia... Den dah selesai konvo daripada pihak Google.com...."

Tapi tak payah la kita berangan sampai gitu sekali. Idak, eh.... Saya hanya menjiwai watak seorang penerima award Festival Filem Antarabangsa je... Tak layak   Belum layak pun kita nak poyo-poyo macam tu.  Ingatlah rakan-rakan, ilmu dunia ini sangat luas. Semakin banyak yang kita pelajari, semakin banyak yang kita tidak tahu. Yang kita pelajari hanyalah setitik daripada ilmu dunia ini. Marilah kita sama-sama melapangkan dada kita dengan mempelajari ilmu baharu sama ada secara formal mahu pun secara tidak formal.  Dengan memiliki ilmulah, manusia akan hidup lebih tenang dan gembira.  Jadikanlah ilmu yang setitik itu memanfaat kepada diri kita, persekitaran kita dan seluruh masyarakat dunia ini. Insyallah!!!

    Baiklah berikut adalah antara kelebihan yang telah saya fikir-fikirkan sepanjang penglibatan saya bersama pakcik Google ini.  Ianya sedikit sebanyak menjadi motivasi kepada saya untuk terus berusaha meningkatkan/LEVEL UP diri sendiri.  

  1. Pentauliahan peringkat antarabangsa

  2. Penghargaan kepada diri dan masyarakat setempat

  3. Meningkatkan nilai tambah diri sendiri

  4. Ilmu yang sedikit, perlu disebarluaskan bagi kesejahteraan sejagat

  5. Motivasi diri untuk terus mendalami pengetahuan 

  6. Motivasi kepada persekitaran 

  7. Membantu memudahkan urusan harian, pekerjaan dan kehidupan


Semoga rakan-rakan senang dengan post kali ini dan bersama-sama saya meningkatkan/LEVEL UP diri rakan-rakan dan orang-orang di persekitaran rakan-rakan juga. Jom mendapatkan sijil Google bersama saya dalam siri, Sharing Knowledge by khalijahLatiff.  Nak cari saya mudah je, kan? Teruskan menyokong eDIDIK Malaysia.... 

Sekian, Adios....



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.