Header Ads

khalijahlatiff SHARE, anda KNOW, kita bersama DEVELOP

Google Drive - Jom Merelisasikan "Go Green"








Dalam era globalisasi ini, pelbagai keperluan perlu disesuaikan mengikut peredaran zaman.  Jika dulu kita memiliki Nokia 3310 sudah rasa up-to-date, kini tidak lagi.  Ianya sentiasa berubah.  Bukannya mengikut dekad mahu pun tahun.  Tetapi perubahan ini berlaku setiap minit waima setiap saat bumi ini berpusing dan beredar mengelilingi matahari.  Pergerakan bumi ini tidak akan pernah berhenti walau pun sesaat sehinggalah ianya tiba pada tempoh ditetapkan oleh Yang Esa.  Wallahualam bissawap.. Semoga kita semua ditempatkan di kalangan orang-orang yang disayangiNya. amin...

    Apa itu Google Drive?  Suatu yang tidak asing lagi bagi pemilik telefon pintar masa kini.  Walau bagaimana pun, rakan-rakan tidak perlu heran sekiranya saya menyatakan di sini bahawa masih terdapat rakan-rakan di luar sana yang tidak mengetahui langsung tentang Google Drive ini.  Pengetahuan mengenai ilmu ini mungkin tidak dirasai atau tidak didedahkan kepada mereka.  Situasi inilah yang menjadi motivasi kepada saya semasa mencabar diri untuk mendapatkan pensijilan daripada pihak Google.  Saya bukannya nak berbangga dengan ilmu yang saya miliki, saya hanyalah ingin membantu rakan-rakan saya dengan lebih cantik caranya.  Apabila kita memilik pensijilan antarabangsa ini, sedikit sebanyak akan meng"LEVEL UP"kan diri kita secara umumnya. Akan datang keberanian dan ketakwaan dalam usaha kita menyebarkan pengetahuan kelak.  Insyallah.

    Jika rakan-rakan pernah atau biasa menggunakan Google Drive, rakan-rakan akan merasakan pengurusan dan pentadbiran tugasan harian dan rasmi akan menjadi lebih teratur dan mudah.  Kita akan dapat menguruskan semua dokumen kita dengan mudah dan teratur.  Tahap ketersampaian dokumen akan menjadi lebih cepat dan pantas.  (dah la cepat, pantas pulak tu! πŸŽƒ).  Maksudnya di sini, kita dapat melihat, membuka, berkongsi atau mungkin menkolaborasikan dokumen-dokumen berkenaan dengan mudah di mana-mana  dan pada bila-bila masa sahaja. Jika di pejabat kita menggunakan desktop kita di meja yang cantik dan kemas, mungkin di rumah kita hanya menggunakan komputer bimbit sahaja.  Semuanya bisa dong!!! Semuanya boleh mengaksesnya.  Tidak terkecuali juga kita menggunakan telefon bimbit kita untuk membuka dokumen-dokumen berkenaan dari dalam Google Drive kita tersebut.  

    Di bawah ini merupakan dokumen-dokumen yang boleh disimpan di dalam Drive kita.  Rakan-rakan tentu terkejut kan? Sehingga 5TB dokumen-dokumen boleh di simpan di dalam Drive kita dalam satu-satu masa memuatnaikkannya.  Bayangkan jika rakan-rakan memiliki Google Suite.  Storage rakan-rakan adalah unlimited. Ianya akan lebih memudahkan kita menyimpan segala "tok nek" ke dalam Drive ini.  Daripada sebesar zarah sehinggala sebesar dinosour. Hehehehee
 

Bil

Jenis

Maksima

1

Documents

1.02 million aksara

Convert sehingga 50 MB

2

Spreadsheets

5 juta cell/18,278 colomns (colomn ZZZ)

*1 cell melebihi 50 ribu aksara - tidak dimuatnaik

3

Presentations

100 MB → convert Google Slides

4

Google Sites

200,000 aksara/page

10,000 imej/site

1,000 page (mak. 10 juta aksara)

5

Lain-lain files

Sehingga 5TB





    Jika rakan-rakan telah mengetahui tentang Google Drive dari perkongsian-perkongsian saya terdahulu. Jom uji diri rakan-rakan dengan scenario di bawah.  

πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»

Scenario 1 : Anda merupakan seorang Admin Google Suite di sekolah anda.  Anda ingin membudayakan penggunaan Google Drive di sekolah anda bagi membantu pihak pentadbiran mengurus dan mentadbir dokumen rasmi sekolah dengan lebih berkesan. 

a) Ciptakan simpanan dokumen yang sistematik dan berkesan untuk semua guru di sekolah anda.
(i) Buatkan sebuah folder utama bertajuk "SHARING SMK ABC" dan muatnaikkan file "Minit.docx" ke dalamnya.
(ii) Tambahkan pengetua (xxxp.moe-dl.edu.my), guru 1 (xxx1.moe-dl.edu.my) dan guru 2 (xxx2.moe-dl.edu.my) sebagai "Editor" kepada folder berkenaan.
(iii) Buatkan sub-folder bertajuk "Panitia Sains".  
(iv) Cipta sebuah dokumen Jadual.doc dan tuliskan nama anda di baris pertama.  Kongsikan ia kepada guru 3 (xxx3.moe-dl.edu.my)

πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»

Scenario 2 : Anda merupakan seorang guru tingkatan 6 Alfa.  Anda ingin menggunakan Google Drive sebagai pusat pengurusan dokumen kelas anda dan pembelajaran subjek Matematik anda.  Bantu para pelajar dengan mendedahkan pengetahuan Google Drive ini.

a) Cipta folder "KELAS 6 ALFA".
(i)  Bina sebuah folder utama dan sub-folder bertajuk "PELAJAR 6 ALFA". Jadikan xxx4.moe-dl.edu.my sebagai "EDITOR" di sub-folder tersebut.
(ii) Cipta spreadsheet bertajuk "NAMA" dan taipkan "NAMA PENUH" di cell A1. 
(iii) Kongsikan spreadsheet berkenaan kepada semua email di bawah sebagai "VIEWER".
sss1.moe-dl.edu.my, sss2.moe-dl.edu.my, sss3.moe-dl.edu.my

b) Cipta sub-folder "MATEMATIK 6 ALFA"
(i) Bina sebuah dokumen Slides bertajuk "Asas Matematik"
(ii) Masukkan maklumat berkenaan seperti di bawah.  
"Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Dengan sebab itu matematik ialah antara bidang yang terpenting dalam sebarang usaha pembinaan insan."
(iii) Tambahkan slides kedua dan masukkan maklumat "NAMA" dan "TARIKH".
(iv) Kongsikan dokumen berkenaan agar pelajar sss3.moe-dl.edu.my boleh melengkapkan "NAMA".

πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»πŸ”ΊπŸ”»

    Sekian sahaja post kali ini.  Assalamualaikum dan adios!!!
    

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.