Header Ads

khalijahlatiff SHARE, anda KNOW, kita bersama DEVELOP

PENGANUGERAHAN IKON GURU DELIMa KEBANGSAAN PERTAMA DI MALAYSIA





    Sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan Tahun 2024 ini, SK tidak berada bersama-sama anak pelajar dan rakan.  Kebiasaannya SK akan berhias lebih dari biasa untuk hari istimewa ini.  Walau pun sambutannya biasa lewat sehari atau seminggu, tapi penampilan di 16 Mei ini pasti diraikan bersama rakan guru.  Kalau kita tak upkan hari istimewa kita, siapa lagi kan? :-) 


    Namun, tahun 2024 ini sedikit berbeza.  Kenapa? Hal ini adalah kerana SK telah dijemput menyertai rombongan JPN Melaka.  Rombongan guru sebanyak 3 bas bersama meraikan hari guru di negeri Pantai Timur.  3 hari yang cukup bermakna bagi diri SK dan coretan ini buat ingatan buat diri kecil ini.  Plus semoga ianya memberi motivasi dan manfaat kepada pembaca semua.


“Saya tak akan berada disini kalau bukan sebab anak murid saya di kelas”. Kata yang tepat menggambarkan kejayaan yang hadir oleh seorang guru adalah daripada anak murid di kelas. Tuhan mengalirkan idea dan kreativiti melalui mereka kepada kita, pendidik. -Khairi KJ


    Kata-kata seorang rakan Edufluencer KPM ini memang tepat.  SK tiada di pentas kebangsaan ini jika saya tiada anak pelajar SK.  Anak pelajar saya yang sentiasa memberikan saya peluang meningkatkan inovasi dan teknik-teknik dalam PdP agar mereka mencapai tahap pengetahuan am yang maksima mereka. 

    Sepanjang di  bandar raya dan ibu negeri Pahang, Malaysia ini, SK dapat bersua muka bersama insan-insan hebat dunia pendidikan. Semua mempunyai kekuatan dan kelebihan kemahiran yang berbeza namun matlamat yang sama iaitu melahirkan modal insan yang mempunyai masa depan yang cemerlang mengikut kepakaran masing-masing. SK sangat bertuah dapat bertukar-tukar pengetahuan, idea di samping mendengar pengalaman dari pelbagai perspektif berbeza rakan-rakan pendidik yang hebat dalam pelaksanaan di bilik darjah mereka. Semuanya boleh dijadikan panduan dalam pembentukan karier pendidik seperti SK yang masih #BBNU ini (hehehehhe... tetap merasakan diri ini insan kerdil apabila berada di kelilingi mereka-mereka).


Menelusuri tema hari guru tahun ini. SK mempunyai refleksi ringkas tentang peranan kita sebagai guru dalam era digital menyokong aspirasi kerajaan untuk membentuk negara MADANI melalui pendidikan.  SK akan selitkan pautannya di sini apabila selesai menulisnya kelak.   


Kembali kepada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun 2024 ini.  SK ingin berkongsi pengalaman menjadi salah seorang penerima anugerah "SUPRISE" yang bagi SK sangat meletop dikelolakan oleh JPN Pahang kali ini.  Pengalaman bermula apabila PIC meminta kami 12 orang dari rombongan Melaka memasuki dewan penerima anugerah seawal pagi.  Kami belum sempat melawati dewan pameran yang mengajikan banyak aktiviti di tingkat 1.  Namun arahan dipatuhi memandangkan rombongan Melaka ramai. Makanya, tiadalah rasa takut sangat. huhuhuhuuu



Pada sesi pagi kami duduk secara rawak dengan rombongan negeri masing-masing.  Oleh kerana keramahan, SK berjaya berjumpa dengan dua orang lagi calon Anugerah Ikon Guru DELIMa.  Walau pun tidak duduk semeja, kami masih memerhatikan satu sama lain kot-kot jawatankuasa pengelola ada memberi arahan khas kepada kami.   Semasa sesi raptai mengambil anugerah, kami masih tidak mengetahui keputusan dan sesi bagaimana yang bakal berlaku petang itu.  Layankan je la. Kami yang diraikan, kami enjoy sahaja.  Habis selesai sesi pagi, SK bersama Cikgu Zunita (calon Ikon Kepimpinan Berwibawa) dan Cikgu Nazri (calon Ikon Guru Hebat Bahasa Melayu) terus pulang ke hotel dengan Grab.  Nak menunggu bas rombongan tidak sempat kerana semua penerima anugerah diminta masuk ke dewan seawal jam 2:30 petang.  



Pada sesi petang ini, kami ditempatkan bersama rakan kategori yang sama.  Rupanya format kali ini adalah penerima anugerah akan menerima anugerah bersama calon kedua dan ketiga.  Ketiga-tiga menerima sijil SSP BSN dan plug.  Ikon menerima RM3,000, Tempat kedua RM1,000 dan Tempat ketiga RM500.  Syukur alhamdulillah. Tahniah untuk semua guru yang berada dalam dewan berkenaan. SK rasa sangat bertuah pada masa itu. Tetap naik pentas walau pun tidak bergelar Ikon; (jauh di sudut hati, tetap merasakan diri ini tidak layak menerima Ikon).  Subhanallah...

Masa yang dinantikan tiba.  Semasa Menteri Pendidikan memasuki dewan.  SK seperti kena shock.  Rakan lain sibuk merakam moments bersama barisan tertinggi KPM, tapi SK dok blurr sahaja sambil memerhatikan sekeliling.  Kononnya buat live tiktok untuk merakamkan event, akibat shock attact tu.  Live tamat pun SK tak sedar.  HP tu duduk sahaja berdiri tanpa apa-apa rekod.  Allahhuakbar.  Intipati ucapan ada SK lampirkan di post seterusnya.  

Semasa beratur menerima anugerah.  Kami sekali kena berteka-teki.  Pengelola bijak memainkan perasaan penerima anugerah.  Susun atur diubah-ubah sehingga kami tidak menjaga kami adalah penerima Ikon, tempat kedua atau ketiga.  Di hadapan kami, individu nombor satu menerima tempat ketiga, di tengahnya menerima tempat Ikon dan seterusnya.  Sehinggakan SK di depan tangga pentas masih tidak menjangkakan keputusan sehinggalah dua orang rakan SK naik menerima pengiktirafan.  Auto panas SK apabila mengetahui diri kerdil ini menerima Ikon Guru DELIMa Kebangsaan bagi tahun 2024 ini.



Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar...  Terima kasih kepada semua anak-anak pelajar SK.  Moments bersama mereka semenjak PKP sehingga saat itu berterbangan di hadapan mata SK.  Merekalah pencetus kepada anugerah ini.  Para pelajarlah yang menjadi tulang belakang dan pencetus idea pengaplikasian pelbagai aplikasi demi memastikan mereka menerima ilmu pengetahuan STPM dan pendigitalan secara maksima.  Terima kasih juga kepada ibu bapa dan komuniti yang sentiasa menyokong pendidikan anak-anak Malaysia tanpa jemu.  Alhamdulillah.  

SK berhenti setakat ini dahulu.  Terima kasih dan salam perkenalan kepada yang sempat bersua di Kuantan yang lalu. Terima kasih semua atas segalanya. Selamat hari guru. “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani”.

 





MAKLUMBALAS:

Terima kasih Cikgu Pija atas maklumbalas dan doa yang diberikan: https://www.facebook.com/share/1kFvFNkXjKVVYP2N/


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.