17 Mei 2025 : Teacher's Day Webinar
YOUR AI-POWERED CLASSROOM: SEAMLESS MANAGEMENT WITH READ ALONG AND GEMINI!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Post ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada rakan peserta mendapatkan pengetahuan lanjut tentang perkongsian saya sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan bagi tahun 2025 ini.
Dapatkan bahan perkongsian saya dan lengkapkan tugasan yang disediakan untuk rakan-rakan mendapatkan sijil penyertaan peringkat antarabangsa oleh Gemini Academy.
Untuk mendapatkan pensijilan antarabangsa, lengkapkan ketiga-tiga Google Forms ini.
Boleh rekodkan juga di SPLKPM rakan-rakan ye. Rujuk Setiausaha di organisasi anda sendiri ye.
Adakah tugasan di atas wajib ikuti? Tidak semestinya rakan-rakan. Jika tidak berkelapangan untuk meluangkan 10-20 minit untuk mendapatkan sijil antarabangsa bagi perekodan SPLKPM, rakan-rakan turut disediakan pautan di akhir perkongsian Panel ke-empat daripada pihak penganjur. Rakan-rakan juga boleh mendapatkan sijil penyertaan dari pihak penganjur ini.
Terima kasih kepada pihak penganjur kali ini.
Di kesempatan ini, saya ingin menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik hebat di seluruh tanah air. Semoga segala usaha, pengorbanan dan dedikasi kita dalam mendidik anak bangsa sentiasa diberkati dan diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.
"Guru Pembina Negara Bangsa" – tema yang sangat dekat di hati kita, menggambarkan betapa pentingnya peranan seorang guru dalam membentuk masa depan negara melalui pendidikan berkualiti dan sahsiah terpuji.
Terima kasih juga kepada semua yang sudi mengikuti sesi perkongsian saya. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi dan membuka ruang kepada rakan-rakan guru untuk terus berinovasi dalam PdP, seiring kemajuan teknologi dan keperluan semasa.
Jangan lupa untuk kongsikan posting ini kepada rakan-rakan guru yang lain agar lebih ramai dapat manfaat daripada perkongsian ini.
Salam awesome daripada saya,
Cikgu Khalijah
Ikon Guru Digital Kebangsaan 2024
#SelamatHariGuru2025
#GeminiAcademy
#PengajianAmMudah
#KhalijahBerkongsi
#SijilAntarabangsa
#HariGuruKebangsaan2025
Tiada ulasan