Header Ads

khalijahlatiff SHARE, anda KNOW, kita bersama DEVELOP

Geng Cikgu: Jom Rebut Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA)! 🎓✨

 


Geng Cikgu: Jom Rebut Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA)! 🎓✨


Apa khabar rakan pendidik semua? Hari ini saya nak kongsi sedikit pengalaman "kalut tapi seronok" mengisi borang permohonan HPA berdasarkan Surat Edaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka bertarikh 22 Januari 2026 yang lalu.

Bagi yang belum tahu, HPA ini adalah insentif penghargaan buat penjawat awam yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan pembiayaan sendiri. Alang-alang saya dah genggam Master of Education sejak tahun 2016, inilah masanya untuk memohon!

💻 Proses Permohonan: Segalanya di Hujung Jari

Zaman sekarang semuanya nak cepat. Saya selesaikan urusan pengisian borang menggunakan aplikasi KAMI. Sangat mudah! Lepas siap isi, saya cuma perlu cetak dan serahkan kepada Ketua Pembantu Tadbir (CC) untuk tindakan lanjut.

Satu tips untuk rakan-rakan: Susun dokumen siap-siap. Saya simpan semua evidens dan dokumen sokongan dalam Google Drive peribadi. Langgan terus dengan Google—memang murah, cepat, dan paling penting, mesra gajet. Bila-bila masa nak retrieve dokumen, buka telefon saja!

🔍 "Drama" Pengesahan MQA

Ingatkan semuanya dah settle, rupa-rupanya saya tersangkut di bahagian pengesahan MQA untuk ijazah Sarjana saya. Memang terkira-kira juga macam mana nak buat.

Nasib baik ada "angel" datang membantu! Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat saya, Cikgu Lau dari Utara. Habis saja kami mengemudi bengkel dalam talian, beliau terus call ingatkan saya dan kami berbincang untuk siapkan dokumen HPA ini. Untuk anda yang nak semak pengiktirafan MQA, boleh terus ke pautan ini: MQA Register.  Jangan lupa juga mengisi Lampiran Tatatertib SSPA tau. 

Nota Penting: Untuk permohonan peringkat Sarjana atau PhD, kita juga perlu kemukakan pengesahan pengiktirafan peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan.

💰 Berapa Kadar Insentif HPA?

Lumayan juga tau sebagai tanda penghargaan pembelajaran sepanjang hayat kita:

  • Ijazah Kedoktoran (PhD): RM 1,250.00

  • Ijazah Sarjana (Master): RM 1,000.00

  • Ijazah Sarjana Muda: RM 750.00

  • Diploma dan Setaraf: RM 500.00

Pastikan permohonan lengkap anda dihantar ke Sub Unit Penilaian dan Kompetensi JPN Melaka (Rujuk JPN negeri masing-masing tau) selewat-lewatnya pada 30 Januari 2026 ya!.  Saya sudah, anda tunggu apa lagi? Isi dan submit tau!!


Kata-kata Semangat buat Rakan Guru 🍎

Kepada semua rakan guru, teruskanlah menimba ilmu setinggi yang boleh. Jangan pernah berhenti belajar kerana dunia pendidikan sentiasa berkembang. Biarlah ilmu yang kita gali bukan sekadar untuk insentif, tetapi untuk menyuntik inspirasi dan mewarnai masa depan anak-anak didik kita.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.